BAGAIMANAKAH KUALITAS LELAKI AGAR DICINTAI WANITA


1. Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualitas utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan hal-hal yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga c0ba bermain sepakbola. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.


Berdiri tegak ketika bercakap. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.


2. Lelaki Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dianjurkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, coba mengingati film atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Bujukan dengan cara ini akan lebih masuk ke dalam hati daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari ide agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.

3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Lelaki yang romantik ialah lelaki yang pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mencari yang romantik.

4. Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kekuatan, selalulah berolahraga karena ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita suka lelaki yang bijak dan rajin membaca. Anda tidak harus seorang ahli akademik tetapi Anda bisa mulai belajar karena ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain gagah, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.

5. Suka Anak-Anak
Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga anak-anak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang suka anak-anak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.

6. Bijak Berdandan
Lelaki juga hendaklah pandai merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi perhatian. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih



Artikel Yang Disukai :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...